Monday 30 April 2012

Heboh - KERAJAAN VS BERSIH 3.0

Tanggal 28.02.2012 berlangsung satu perhimpunan BERSIH 3.0 yang diadakan di Dataran Merdeka KL.Rimbunan cerita -cerita tentang perhimpunan BERSIH 3.0 baik dari pihak penganjur dan pihak kerajaan sendiri.Di sini saya lampirkan berita sekitar perhimpunan BERSIH 3.0 dan kita sebagai rakyat Malaysia berhak MENILAINYA....................


1. Perusuh Guna Kayu Pukul Polis


KUALA LUMPUR : Seorang anggota polis mendakwa dia dipukul dengan kayu besbol sehingga cedera ketika perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 3.0 di ibu negara kelmarin yang bertukar menjadi ganas.
Lans Koperal Mohd. Nasir Abu Mansor, 33, yang cedera di bahagian abdomen memberitahu, kejadian yang menimpanya berlaku ketika dia sedang bertugas di kawasan Arked Mara.
Kejadian pada pukul 3 petang itu berlaku ketika dia bersama kira-kira 20 rakan sepasukannya cuba