KISAH orang bunian sering diperkatakan khalayak di seluruh dunia. Banyak versi cerita yang melingkari kewujudan makhluk halus itu.
Segelintir pihak mengatakan orang bunian ialah puteri kayangan yang disumpah turun ke bumi, sesetengah yang lain mendakwa ia orang alim yang menuntut ilmu salah. Ada pula yang percaya ia sejenis makhluk seakan-akan manusia.
Seorang pengkaji paranormal, Mohammad Idrus Abu Hanifah memberitahu, kisah orang bunian wujud di seluruh dunia termasuk di benua Eropah.
“Sepanjang yang saya ketahui, dahulu di Hulu Klang ramai orang mengatakan mereka pernah terserempak dengan orang bunian malah berinteraksi dengan mereka.
“Orang bunian akan meminjamkan pinggan mangkuk kepada orang kampung semasa majlis perkahwinan,” katanya kepada Jurnal.
Namun, kerana sikap segelintir penduduk kampung yang tidak memulangkan pinggan mangkuk yang dipinjam selain merosakkannya menyebabkan orang bunian berkenaan menghilangkan diri dan enggan bekerjasama lagi dengan mereka.
Idrus mempunyai perspektif berbeza mengenai takrifan orang bunian.
“Jika disebut orang bunian, ia seolah-olah manusia sebenar iaitu makhluk Tuhan yang paling sempurna sedangkan orang bunian ialah jin,” ujarnya.
Katanya lagi, orang bunian mampu bertukar rupa seperti manusia kerana jin atau makhluk halus boleh bertukar rupa dan fizikal dengan mudah.
Idrus memberitahu, orang bunian hidup secara berkumpulan dan memiliki perkampungan.
Mereka juga mempunyai istana, pentadbiran dan gelaran. “Kadang-kadang perkampungan mereka ada di taman perumahan malah mungkin di sebelah rumah kita. Tetapi selagi kita tidak mengganggu mereka, tidak akan ada masalah,” ujarnya.
Bagaimanapun menurut Idrus, orang bunian kebiasaannya menetap di hutan tebal dan tasik bagi mengelakkan berjumpa dengan manusia.
Bunian Eropah
Sifat orang bunian juga berbeza mengikut negara mereka tinggal.
“Di Malaysia orang bunian menggunakan bahasa Melayu manakala di Indonesia mereka bercakap dalam bahasa ibunda negara itu. Di Britain pula mungkin bahasa Inggeris.
“Ia kedengaran agak lucu tetapi itulah hakikatnya. Pakaian mereka juga berbeza-beza mengikut musim dan keadaan,” ceritanya. Bagi masyarakat Barat, orang bunian tergolong dalam jenis hantu.
Idrus mengaku dia pernah berjumpa dengan makhluk halus itu. Bahkan Idrus pernah mengajak penulis memasuki alam bunian itu tetapi penulis menolaknya kerana khuatir tidak akan kembali.
“Tidak perlu untuk pergi ke alam bunian, sekadar berjumpa pun boleh. Tetapi kebanyakan orang yang bersungguh-sungguh untuk berjumpa tidak akan dapat melihatnya.
“Ini kerana mereka telah pengsan dahulu sebab rupa orang bunian tidak menawan seperti yang disangka. Mereka sebenarnya makhluk hodoh,” ujarnya.
Idrus berkata, terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi sebelum berjumpa dengan orang bunian. Antaranya seseorang perlu menyediakan apa sahaja tujuh jenis makanan dan tujuh jenis bunga di samping teh O, kopi O dan air suam.
Hari untuk bertemu mereka pula adalah pada malam Selasa disertai bacaan tertentu. Malam Selasa dianggap sebagai malam persahabatan antara manusia dan makhluk halus itu.
Credit To KOSMO
Assalamualaikum.
ReplyDeleteSesungguhnya Para Bunian wujud dan mereka bukanlah jin atau kacukan jin atau dahulunya manusia seperti yang selalu dibicarakan. Para Bunian dijadikan dari cahaya, sama seperti Malaikat bezanya Malaikat tiada jantina, tidak makan, minum mahupun tidur. Bunian juga tidak bernafsu dan tidak memakan daging kerana kepada mereka, memakan daging adalah satu pembunuhan. Para Bunian dijadikan dalam bentuk manusia untuk memudahkan mereka berdamping dengan manusia. Mereka juga ada golongan Raja dan rakyat biasa, dan Raja-Raja Bunian bersayap.
Mereka bukanlah seperti yang selalu digambarkan; lemah-lembik, suka mandi-manda dan menyanyi, bermain kompang... mereka sebenarnya amat tegas dan serius dalam menjalankan tugas utama mereka: memusnahkan iblis dan jin-jin yang ingkar. Mereka juga tidak sentiasa berpakaian putih. Pakaian putih hanyalah untuk bersolat. Manusia sering diperdaya jin-jin yang menyamar Bunian, berpakaian putih, berserban dan membawa bakul bunga. Ketahuilah bahawa Para Bunian tidak pernah muncul di hadapan manusia dan tidak bergaul dengan manusia. Mereka mendampingi manusia dan membantu secara rahsia.
Silalah layari blog saya Nukilan Bentara Tujuh dan add saya di Facebook untuk mengetahui lebih banyak tentang Kebenaran mengenai Bunian.
Hj Muhammad
Alahai Bentara 7, ko je la yang betul dan tahu...cerita dan pengalaman orang lain semua salah.......bunian bagi ko gelaranBentara 7 tu....bunian ko ada 5 jin islam bentuk harimau......yang orang lain jumpa semua jin, yang ko punya je betul....poorah
ReplyDeletebunian bkn jin ,, bunian dri cahaya ,,
ReplyDeleteHahahaha tak da istilah bunian d dlm kitab suci al quran yg mengatakan bahasa bunian·····coba kaji dam nengaji furman Allah S.W.T yg berbunyi " TIDAKKU CIPTA KAN MANUSIA DAN JIN SEMATA2 HANYA UNTUK MENYEMBAH KPDKU"
ReplyDeleteAda ke Allah sebut "BUNIAN" ?
Kalau dari cahaya pun di cipta cik fiza hafizah tahu ke dari cahaya apa ua di ciptakan? Hahahahaha