7 ‘C’ sebab Suami Benci Isteri (dari Dr Fadillah Kamsah). Untuk semua isteri, bakal isteri dan juga yang beristeri.
C1. CABAR
Isteri nie kalau bergaduh dengan suami mulalah kata “Kalau awak berani cubalah [cabar suami cari perempuan lain]! Dr Fadillah kata JANGAN CABAR SUAMI… nanti suami buat betul-betul isteri juga yang putih mata.
C2. CABUL
Perbuatan dan kata-kata isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu) seperti keluarkan kata-kata yang tidak baik pada mertua.
C3. CELUPAR
Celupar nie suku-sakat cabul juga. Isteri selalu cakap yang kotor, mungkin kadang-kadang terlepas cakap.
C4. COMOT
Isteri bila nak keluar rumah aje baru nak comel tapi kat rumah comot. Suami pula di pejabat dok nampak yang comel-comel aje. Ade isteri kata - mekap untuk suami, tapi kat rumah tak mekap pun.
C5. CEMBURU
Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan. Sikit-sikit dok telefon suami kat pejabat. Suami baru balik kerja dah tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yang bukan-bukan.
C6. CEREWET
Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat.
C7. CINCAI
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai … Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak. Anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi.
7C ni lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita ni insan yang mudah lupa dan lalai. Ada masa-masa tertentu, mungkin juga kerana sifat suami dan keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri-ciri 7C itu.
Credit To Misteriousgrapersz
mmg trbaik l0rh!!!
ReplyDelete