Friday, 10 August 2012

JALAN BERPUAKA DI JALAN TITI HAJI IDRIS

Keratan Akhbar Tempatan

Kisah ini adalah mengenai sebuah tempat yang mana sering berlakunya kejadian kemalangan maut yang membabitkan ramai orang. Lokasi yang di maksudkan adalah di Jalan Titi Haji Idris. Lokasi ini telah dilabel sebagai jalan yang berpuaka sehingga membimbangkan orang ramai. Lihat sahaja keratan di dada-dada akhbar, banyak kemalangan maut yang berlaku di sana. Ikuti beberapa siri kisah mengenai lokasi ini.









JERITAN MINTA TOLONG DARI DALAM VAN

Ketika merangkak menuju ke bahagian jalan raya disebabkan betis berasa sakit dan berharap ada kereta yang lalu pada waktu itu , saya mendengar suara merintih meminta tolong datang dari dalam van tetapi saya tidak berdaya untuk berpatah balik membantu , “ kata Ariffin Mahazon , 55 , dari Kampung Tok Led , Jalan

Sunday, 5 August 2012

GUNA NYAMUK LAWAN NYAMUK



MALARIA merupakan penyakit zaman kuno yang masih bersisa hingga sekarang. Penyakit bawaan nyamuk yang digeruni itu pernah membunuh manusia yang berlagak seperti Tuhan iaitu Firaun Tutankhamun.

Jurnal Persatuan Perubatan Amerika dua tahun lalu mendedahkan punca kematian Tutankhamun atau Raja Tut adalah disebabkan oleh malaria berikutan penemuan parasit Plasmodium di dalam darahnya. Tutankhamun meninggal dunia ketika berusia 19 tahun pada tahun 1323 Sebelum Masihi.