Keratan Akhbar Tempatan |
Kisah ini adalah mengenai sebuah tempat yang mana sering
berlakunya kejadian kemalangan maut yang membabitkan ramai orang. Lokasi yang
di maksudkan adalah di Jalan Titi Haji Idris. Lokasi ini telah dilabel sebagai
jalan yang berpuaka sehingga membimbangkan orang ramai. Lihat sahaja keratan di
dada-dada akhbar, banyak kemalangan maut yang berlaku di sana. Ikuti beberapa
siri kisah mengenai lokasi ini.
JERITAN
MINTA TOLONG DARI DALAM VAN
Ketika merangkak menuju ke bahagian jalan raya disebabkan
betis berasa sakit dan berharap ada kereta yang lalu pada waktu itu , saya
mendengar suara merintih meminta tolong datang dari dalam van tetapi saya tidak
berdaya untuk berpatah balik membantu , “ kata Ariffin Mahazon , 55 , dari
Kampung Tok Led , Jalan
Panchur , dekat sini . Dia yang merupakan seorang daripada ahli Kumpulan Seni Rela Bakti dari Rombongan itu hanya mengalami kecederaan di kepala dan menerima enam jahitan . Ariffin berkata , rintihan meminta tolong berkenaan membuatkannya terus mengharapkan sebuah lagi kereta rombongan yang mengekori mereka dari belakang cepat sampai di tempat kejadian .
Panchur , dekat sini . Dia yang merupakan seorang daripada ahli Kumpulan Seni Rela Bakti dari Rombongan itu hanya mengalami kecederaan di kepala dan menerima enam jahitan . Ariffin berkata , rintihan meminta tolong berkenaan membuatkannya terus mengharapkan sebuah lagi kereta rombongan yang mengekori mereka dari belakang cepat sampai di tempat kejadian .
Menurutnya , sebaik sahaja melihat kereta berkenaan
menghampiri tempat kejadian , dia melambaikan tangan dan kereta itu berhenti .
“ Lima lagi penumpang di dalam kereta terus mendapatkan saya tetapi saya
menyuruh mereka pergi melihat keadaan mangsa lain yang berada di dalam van itu
, “ katanya sebak ketika ditemui di rumahnya . Ariffin yang juga Guru Silat
Persatuan Silat Gayong Cawangan Kampung Tok Led berkata , suasana kawasan di
situ gelap dan mengharapkan lampu daripada kereta sebuah rombongan lagi
menyuluh ke arah van terbabit .
Mengimbas kembali sebelum kejadian itu , Ariffin terjaga
ketika van itu berhenti di Plaza Tol Pendang , van terus bergerak dan saya
sempat bertanya kepada pemandu , Rashidi Ahmad di mana lokasi sekarang dan dia
mengatakan bahawa sudah berada berdekatan dengan Langgar . “ Merasakan bahawa
sudah hampir sampai , saya mencari kasut dan tunduk untuk memakai kasut dan
pada waktu itulah van melanggar pokok , katanya . Menurutnya , pada saat itu
dia menyangka bahawa sesuatu buruk berlaku dan berusaha untuk keluar dari van
melalui tingkap disebabkan mangsa lain bergelimpangan antara satu sama lain . “
Ketika dalam perjalanan menuju ke Hospital Sultanah Bahiyah ( HSB ) , saya ada
terdengar perbualan antara Rashidi dengan petugas ambulans yang mendakwa dia
melihat sesuatu benda melintas , katanya .
Sementara itu , seorang lagi anggota rombongan yang menaiki
kereta , Mohd Noor Nin berkata , sebelum van berkenaan sampai ke Plaza Tol
Pendang , ia memberi isyarat untuk memasuki Kawasan Rehat & Rawat ( R &
R ) Gurun tetapi tidak berhenti sebaliknya meneruskan perjalanan . Guru Silat
Persatuan Gayong Cawangan Kampung Alor Rela berkata , mungkin disebabkan
merasakan bahawa destinasi tempat pulang semakin hampir , dia terus mengekori
van itu dari belakang . “ Sesampai sahaja di tempat kejadian saya melihat
Ariffin berada di tepi jalan sebelum menyuruh saya memberi bantuan kepada kawan
– kawan lain . “ Memang ada orang kata , kalau van berkenaan berhenti di R
& R Gurun pasti kemalangan itu tidak berlaku , tetapi itu Cuma andaian .
Kalau sudah hendak jadi semua akan jadi , “ katanya .
LIMA GURU
SILAT MAUT DI JALAN PUAKA
Senarai mangsa yang maut dalam kemalangan Jalan Titi Haji
Idris
Jumaat @ Saad Mat Akir, 62 tahun, Kampung Manggol, Jitra
Juhari Darus, 65 tahun, Kampung Paya, Kodiang
Ahmad Ismail, 65 tahun, Alor Rela, Langgar
Sudin Deris, 65 tahun, Telaga Mas, Langgar
Ishak Awang Kechik @ Hanafiah, 78 tahun, Kampung Tualang,
Pokok Sena
TIDAK
SEMPAT BERJUMPA KELUARGA
Kegembiraan rombongan persatuan seni silat Rela Bakti dari
Kampung Alor Rela Langgar Pokok Sena bertukar kepada suasana sedih apabila
sebuah van yang membawa ahlinya terbabit dalam kemalangan maut awal pagi ,
semalam . Kemalangan maut itu berlaku kira – kira jam 3.30 pagi berhampiran
lampu isyarat Titi Haji Idris dekat Jalan Pendang ke Langgar menyebabkan lima
penumpang di dalam van berkenaan maut , seorang berada dalam keadaan kritikal
dan sedang mendapat di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar manakala tiga lagi
hanya mengalami kecederaan ringan .
Sinar Harian yang turut ke lokasi kejadian kira – kira jam 4
pagi , semalam mendapati beberapa pihak iaitu bomba , polis , kakitangan
kesihatan cuba mengeluarkan mangsa yang berada dalam keadaan itu . Satu demi
satu penumpang yang di bawa keluar didapati sudah meninggal dunia manakala
pakaian dan alat – alat muzik yang dibawa turut bertaburan di tempat kejadian .
Mereka pergi menyahut panggilan illahi dan tidak kesampaian untuk bertemu
keluarga masing – masing walaupun sudah begitu hampir untuk sampai ke rumah
atau destinasi masing – masing .
Penyelia Bomba Jalan Raja Alor Setar , Mat Nasir Syafie
berkata , setelah mendapat maklumat mengenai kemalangan itu , anggotanya
bergegas ke tempat kejadian dan mendapati semua mangsa yang terbabit adalah
warga emas kecuali pemandu van . Menurutnya , anggota bomba mendapati satu
mangsa tercampak dari kenderaan ke dalam sawah manakala yang lain berada dalam
van . “ Tiga mangsa dikenal pasti meninggal dunia manakala tiga mangsa lain
dikejarkan segera ke hospital untuk mendapatkan rawatan , “ katanya .
KESAN
MENDALAM ATAS PEMERGIAN TOK GURU AHMAD
Pemergian Ahmad Ismail , 65 memberi kesan kepada prestasi
Kumpulan Gendang Seni Rela Bakti yang kini memang terkenal dalam kalangan
masyarakat setempat dan juga di luar Kedah . Yang Dipertua Seni Silat Raja Wali
Tunggal Kedah , Riduan Laidin berkata , kehilangan semua guru itu sangat terasa
kerana jasa mereka menjadi nadi kepada perkembangan seni silat dan juga seni
pergendangan di Kedah .
Menurutnya , mereka sememangnya menjadi penyambung tradisi
kepada seni warisan Melayu dan kehilangan ini mampu meninggalkan kesan yang
besar kepada bidang berkenaan . “ Kehilangan ini memang memberi kesan kerana
mereka terdiri daripada pelbagai aliran seni silat dan menjadi idola kepada
pesilat muda , “ katanya . Bagi Guru Silat Persatuan Silat Gayong Cawangan
Kampung Tok Led , Ariffin Mahazun , Ahmad menjadi penasihat kepada kumpulan
gendang berkenaan .
Menurutnya , kumpulan yang dibentuk pada 2001 dan membawa
irama aliran utara itu kini menjadi perhatian pelbagai masyarakat dan sering
diundang untuk membuat persembahan pada majlis kenduri kahwin , dijemput pihak
sekolah dan juga keraian yang diadakan di luar Kedah . “ Pemergian Ahmad pasti
memberi kesan kerana dia adalah tonggak kepada kumpulan ini termasuklah empat
lagi yang terkorban di dalam nahas itu , “ katanya .
RAGUT
RATUSAN NYAWA PENGGUNA JALAN
Pelbagai kisah sering diceritakan penduduk kawasan Pendang
terutamanya mereka yang daripada beberapa kampung berhampiran sepanjang laluan
Titi Haji Idris yang dikatakan mempunyai perkara misteri di situ . Sinar Harian
cuba membongkar cerita mengenai jalan itu yang dikatakan mempunyai kejadian
pelik sehingga meragut banyak nyawa penggunanya termasuk lima guru silat yang maut
dalam kemalangan di laluan sama , kelmarin .
Selain itu , difahamkan laluan itu sentiasa dilalui pelbagai
kenderaan dan menjadi jalan utama pengguna sejak ia diturap untuk ke Langgar ,
Pokok Sena dan Pendang . Seorang mangsa kemalangan , Ahmad Jaafar , 47 , dari
Perumahan Keda Tanjung Setol turut berkongsi pengalaman di sebalik kejadian
kemalangan yang berlaku pada dirinya ketika memandu lori tanah di laluan itu
kira – kira awal Februari 2009 .
Menurutnya , kemalangan itu berlaku di jalan yang sama iaitu
dari arah Langgar ke Pendang apabila lori yang dipandunya itu terbabas di tepi
kawasan sawah sehingga melanggar tiga pokok besar di bahu jalan itu sehingga
semua pokok itu patah . “ Kemalangan itu menyebabkan seluruh bahagian hadapan
lori saya remuk teruk , namun saya bersyukur kerana saya tidak mengalami apa – apa
kecederaan kecuali masalah pada urat saraf bahagian lutut sahaja . “ Kejadian
yang berlaku kira – kira jam 10 pagi ketika saya dalam perjalanan dari Tanjung
Bendahara Alor Setar menuju ke Tobiar itu tidak dijangka apabila saya memandu
dalam kelajuan 60 kilometer sejam sahaja dengan penuh berhati – hati dan
berwaspada , namun tiba – tiba stereng lori saya dipulas kuat oleh satu ‘ benda
‘ kea rah kiri jalan sehingga melanggar pokok , “ katanya .
Ahmad berkata , dia bergelut dengan ‘ benda itu ‘ dengan
mengawal stereng lorinya , namun tidak terdaya memandangkan stereng lorinya
ketika itu terlalu berat . “ Selepas kejadian itu , keadaan diri saya tidak
bermaya seolah – olah ada ‘ benda halus ‘ yang menumpang pada diri saya apabila
seluruh badan terasa berat . “ Pelbagai ubat daripada hospital dan klinik telah
saya makan , namun keadaan saya tidak berubah dan menyebabkan saya pergi
berubat secara tradisional kepada seorang bomoh . Namun saya dimaklumkan oleh
bomoh berkenaan bahawa ada ‘ benda misteri ‘ yang menumpangkan pada diri saya
pulang ke rumah , “ katanya .
Menurutnya , dia cuba mengikut perubatan yang dilakukan
secara tradisional apabila bomoh berkenaan memandikan seluruh badannya dan
membawanya melepaskan ‘ benda halus ‘ di jalan terbalit di mana tempat kemalangan
berlaku . Sementara itu , pihak bertanggungjawab membuat pemeriksaan terhadap
lorinya , namun dimaklumkan keadaan lori itu tidak mengalami sebarang masalah
ketika kejadian terbabit . Selain itu , Chik Abdullah , 59 , menceritakan
bahawa jalan itu turut meragut nyawa dua kakaknya . “ Kakak sulung saya iaitu
Pura Abdullah , 63 , meninggal dunia 10 tahun lalu manakala kakak bongsu saya
meninggal pada 2009 di lokasi yang sama dan cara kemalangan yang sama apabila
motosikal yang ditunggang mereka dilanggar kereta dari arah belakang . “ Saya
tidak menyangka nyawa dua kakak saya berakhir di jalan itu apabila mereka
mengalami kecederaan teruk pada bahagian kepala , “ katanya .
JALAN
MISTERI PERLU ‘DIPULIHKAN’
Penduduk di beberapa kampung sekitar Jalan Titi Haji Idris
dekat sini menyarankan supaya laluan yang dianggap misteri dan lubuk maut
kerana banyak meragut nyawa pengguna jalan raya itu perlu dipulihkan dengan
segera bagi mengelak lebih ramai lagi nyawa pengguna jalan itu terkorban .
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung
Persekutuan (JKKKP) Kampung Alor Pudak, Yaakob Yunus berkata, hampir setiap
hari berlaku kemalangan di jalan itu dan dia yakin beberapa kejadian kemalangan
yang meragut nyawa di situ ada berkaitan dengan kejadian misteri yang sering
diperkatakan ramai pengguna .
“Saya yakin terdapat benda misteri yang sering mengganggu
pengguna jalan raya kerana banyak yang maut di jalan itu adalah disebabkan
kenderaan mereka terbabas sendiri dan melanggar pokok di bahu jalan” katanya kepada
sinar harian .
Yaakob berkata beliau meminta mana–mana pakar perubatan
tradisional yang mahir mengenai kejadian misteri ini tampil bagi memulihkan
laluan itu demi menyelamatkan ramai lagi nyawa .
“Kami tidak mempunyai wang untuk menanggung segala perbelanjaan
perubatan untuk memulihkan laluan itu namun kami meminta mana–mana bomoh yang
sukarela membongkar misteri yang diperkatakan ramai pengguna jalan itu, tampil
membantu .
“Saya cadangkan supaya jalan itu dipulihkan dengan segera
bagi memastikan sama ada benar atau tidak dakwaan yang diperkatakan ramai
penduduk termasuk pemandu van ternampak lembu melintas menyebabkan van yang
dipandunya itu terbabas sehingga beberapa guru silat terkorban” katanya .
Menurutnya, sebelum kejadian meragut nyawa enam guru silat
baru-baru ini, dia juga banyak mendengar kisah misteri mengenai jalan itu oleh
mangsa kemalangan yang tidak maut sehinggakan banyak mangsa yang pergi melepas
kembali benda misteri itu di tempat kejadian .
“Cerita misteri yang dihebah oleh orang ramai berkemungkinan
benar kerana banyak pengguna yang diganggu adalah ketika mereka melalui jalan
itu antara jam 12 tengah malam sehingga awal pagi .
“Mereka yang masih belum ‘tersua’ sahaja yang masih bercakap
besar dan menolak kisah misteri tentang jalan ini. Namun bagi mereka yang
pernah alaminya perkara ini dianggap wajar” katanya .
KAKITANGAN
JPJ MAUT KERETA TERBABAS
Alor Setar, 18 Mei 2012 – Niat seorang kakitangan Jabatan
Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah untuk melihat sepupunya yang terbabit dalam
kemalangan tidak kesampaian apabila maut setelah kereta yang dinaikinya
terbabas ke dalam longkang di Alor Pundak, Pendang.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, mangsa,
Pn.Zahidatul Akmam Che Lah, 28, yang menaiki kereta Proton Wira bersama
sepupunya, Mohd.Haris Mohd.Sobri, 17, dalam perjalanan menuju ke Alor Ponti
untuk meninjau keadaan adik Mohd.Haris, Mohd.Hanif, 15 yang terlibat dalam
kemalangan di situ.
Mangsa meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).
Manakala Mohd.Haris pula mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan.
Ibu mangsa, Pn.Som Abd.Ghani, 57, berkata, pada jam 7.30
pagi, mereka menerima berita tentang kemalangan yang menimpa Mohd.Hanif sewaktu
dia sedang dalam perjalanan menaiki motosikal untuk ke tempat tuisyen di Tanah
Merah, Pendang.
Pn.Som bersama menantunya, En.Ahmad Nazri Ismail, 29 iaitu
suami Pn.Zahidatul serta ahli keluarga Mohd.Hanif menaiki kereta berlainan
untuk melihat keadaan Mohd.Hanif.
‘Anak saya serta Mohd.Haris pula berada dalam kereta
berasingan mengikut kereta kami dari belakang. Namun bila tiba di lokasi
kemalangan di Alor Ponti, kereta yag dinaiki anak saya masih belum tiba’ kata
Pn.Som
Menurutnya, dia mula risau apabila Pn.Zahidatul yang
merupakan anak ketiga daripada empat beradik itu tidak menjawab panggilan
telefon.
‘Saya dan suaminya cuba menelefon Zahidatul beberapa kali,
namun tidak dijawab dan saya mula terasa ada sesuatu yang tidak elok berlaku’
‘Telahan saya betul kerana tidak lama kemudian saya menerima
berita tentang kemalangan yang menimpa anak saya di Alor Pudak yang terletak
kira-kira satu kilometer dari lokasi kemalangan yang menimpa Mohd.Hanif’
Katanya Pn.Som, dia masih terkejut dengan kejadian yang
menimpa anaknya kerana tidak menyangka anaknya pula yang akan maut dalam
kemalangan. Namun dia reda dengan apa yang berlaku.
LALUAN
MISTERI RAGUT NYAWA
Pendang, 19 Mei 2012 – Kejadian kemalangan yang meragut
nyawa kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah, Pn.Zahidatul Akmam Che
Lah, 28, dekat Jalan Alor Pudak semalam dipercayai bersabit gangguan ‘makhluk
halus’ di laluan berkenaan.
Penduduk, En.Johari Ismail berkata, kejadian kemalangan maut
itu berkemungkinan disebabkan oleh gangguan makhluk halus yang sering kali
dilihat melintasi oleh penduduk setempat dan para pengguna yang melalui jalan
ini.
Manurutnya, sudah terlalu banyak kemalangan maut yang
berlaku di Jalan Titi Haji Idris dekat Alor Pudak yang meragut nyawa walaupun
hanya menyebabkan kenderaan dipandu terbabas ke kiri atau kanan jalan di laluan
ini.
“Laluan ini sudah terkenal dengan gelaran ‘Jalan Puaka’
kerana sering meragut nyawa dan boleh dikatakan hampir semua kes kemalangan
yang berlaku adalah disebabkan makhlus halus yang melintas ketika kenderaan
melalui jalan ini”
“Majoriti penduduk kawasan ini telah mengetahui kisah
misteri di laluan ini dan sentiasa berhati-hati terutama pada waktu malam” kata
En.Johari
En.Johari yang juga selaku Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan
dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Seri Pudak berkata, sebagai
pemimpin kampung, pihaknya mengharapkan supaya pihak berkenaan dapat mengambil
tindakan sewajarnya berkaitan jalan terbabit.
“Pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) juga perlu mengambil
tindakan seperti membuat garisan kuning di laluan itu supaya pemandu sentiasa
berhati-hati” katanya.
Credit To melayu.net
No comments:
Post a Comment