TERKEJUT....SEDIH....GERAM......MARAH !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Tak tau ape yang nak di cakap lagi bila baca berita tetang ni.Ape la salah adik kecil ni sampai diperlaku sebegitu rupa.Adakah Pembunuh itu tiada perasaan semasa melakukan pembunuhan itu.Kalau binatang sekalipun, tidak tergamak melakunya.Tak kan la tiada rasa kasihan dijauh sudut hati si pelaku itu.Semesti adik ini meronta-ronta,menangis serta merayu dengan suara yang sedih.
Tapi ini lah manusia yang betul-betul tiada perasaan.Harap keluarga tabah menghadapi ujian Allah S.W.T
SENAI - Polis mengesahkan penemuan serpihan rangka manusia yang rentung di Ladang Kelapa Sawit Nusa Damai, Masai, 8 Mac lalu, adalah milik Nurul Nadirah atau panggilan manjanya, Dirang, yang hilang sejak 1 Mac lalu.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superitendan Roslan Zainuddin berkata, pengesahan itu dibuat selepas pihaknya menerima hasil keputusan ujian DNA ke atas serpihan rangka manusia yang ditemui dan sampel ibu Dirang, Roselyn Alan, 25, hari ini.
"Berdasarkan pemeriksaan dijalankan di tempat kejadian, kami menemui serpihan tulang dan berjaya mendapatkan sampel DNA yang kemudiannya dihantar ke makmal dan sepadan dengan DNA ibunya," katanya kepada pemberita di sini hari ini," katanya lagi.
Laporan Bernama memetik Roslan berkata, walaupun siasatan awal mendapati mayat rentung itu milik manusia dewasa, namun hasil ujian DNA yang dikeluarkan itu mendapati ia adalah milik Dirang yang dilaporkan hilang sejak 1 Mac.
Katanya, faktor keadaan mayat yang rentung teruk juga menyebabkan pengecaman sukar dilakukan oleh pihaknya.
Perkembangan terbaru itu sekaligus menamatkan misteri kehilangan Nurul Nadhirah yang sebelum ini dilaporkan hilang ketika keluar membeli mi segera dan telur kira-kira pukul 11 pagi, di kedai runcit di kawasan rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam.
Berikutan itu satu pasukan siasatan khas telah ditubuhkan dengan diketuai oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Datuk Amer Awal dan dibantu pasukan dari Bukit Aman bagi menyelesaikan kes itu.
Kes itu turut mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk pihak swasta dan orang perseorang yang turut sama membantu mencari dengan mengedarkan poster mengenai kehilangan mangsa.
Hasil siasatan sebelum ini, katanya polis telah menahan empat suspek termasuk bapa kandung mangsa dan jirannya bagi membantu siasatan berhubung kehilangan kanak-kanak itu.
Roslan berkata, berikutan hasil ujian itu, polis kini menyiasat kes tersebut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh berbanding sebelum ini yang disiasat atas aduan orang hilang.
Menurutnya, tempoh tahanan reman keempat-empat suspek akan dilanjutkan bagi membantu siasatan.
PASIR GUDANG – Ibu kanak-kanak hilang 1 Mac lepas, Roselyn Alan, 25, pengsan seketika sebaik dihubungi pihak polis yang mengesahkan rangka yang temui Khamis lalu adalah anaknya, Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau dikenali sebagai Dirang.
Roselyn yang menangis tidak berhenti lebih sejam selepas menerima panggilan dari pihak polis kira-kira jam 6.40 petang tadi meraung sambil berkata, “kenapa kasi mati anak aku..!!!"
Usaha menemu bual Roselyn gagal apabila dia menangis tidak berhenti. Begitu juga dengan bapa tiri mangsa, Lima Medeng, 25, yang enggan ditemu bual ekoran masih terkejut.
Nenek mangsa, Milnah Jul, 56, berkata, dia dihubungi Roselyn yang ketika itu berada di bawah blok Flet Seri Delima Jalan Suria, Bandar Seri Alam, di sini selepas keluar mencari Dirang.
“Roselyn hubungi saya sambil menangis memberitahu polis mengesahkan rangka yang ditemui adalah Dirang.
“Saya terkejut dan tidak menyangka rangka itu adalah Dirang kerana sebelum ini kami sekeluarga lega selepas dimaklumkan polis bahawa rangka yang ditemui adalah rangka orang dewasa,” katanya.
Suasana sedih menyelubungi kediaman mangsa apabila ahli keluarga dan jiran tetangga yang hadir turut menangisi pemergian Dirang yang ditemui dalam keadaan menyedihkan.
Jirannya, Noridah Juliri, 44, berkata, kehilangan Dirang yang dianggap seperti anak sendiri turut meresahkannya sekeluarga kerana keluarga yang dikenali sejak lebih 10 tahun itu seperti keluarganya sendiri.
Menurutnya, Roselyn dilihat tidak senang duduk sehingga mengabaikan anak bongsunya, Ainul Suhada Abdullah, dua bulan, sejak kehilangan Dirang 1 Mac lepas.
“Saya terguris dan tidak lalu makan sehingga sama-sama masuk ke ladang kelapa sawit mencari Dirang, apatah lagi ibu yang mengandungkannya tentu risau.
“Berita ini benar-benar menyedihkan kami sekeluarga kerana Dirang sudah seperti anak saya sendiri,” katanya.
Seorang lagi jiran, Merlinda Budin, 22, berkata, sebelum rangka ditemui Khamis lepas, dia bermimpikan Dirang berjalan dalam api.
“Saya bermimpi Dirang berjalan dalam api sambil berteriak ‘Mak cik.. tolong ambil saya...’
“Saya sangat sedih dan tidak menyangka mimpi itu petanda dia akan pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya," katanya.
JOHOR BAHRU - Isteri Sultan Johor, Tuanku Raja Zarith Sofia Sultan Idris Shah bertitah menasihatkan masyarakat di negeri ini supaya lebih berhati-hati dan sentiasa memantau pergerakan anak masing-masing khususnya ketika berada di luar rumah.
Titah baginda, masyarakat perlu peka dengan persekitaran sekeliling di kawasan kediaman masing-masing bagi mengelakkan berlaku perkara tidak diingini seperti kehilangan kanak-kanak, Nurul Nadirah Abdullah, 5, di rumahnya di Flat Seri Delima Jalan Suria, Bandar Seri Alam di sini, Khamis lalu.
“Masyarakat pada hari ini sudah banyak berubah. Kita perlu lebih berhati-hati dengan anak-anak ketika mereka berada di luar rumah termasuklah ketika bermain di taman permainan. Sebelum berlaku sesuatu, baik lebih berjaga-jaga.
“Masyarakat khususnya jiran dan keluarga perlu peka dengan persekitaran. Sebagai seorang ibu, kejadian seperti ini yang amat saya takutkan. Kasihan bila mengenang nasib keluarga Nurul Nadirah apabila baca berita ini di akhbar,” titah baginda.
Baginda bertitah kepada pemberita ketika ditemui selepas berkenan mengadakan kunjungan ke rumah Nurul Nadirah atau lebih dikenali sebagai Dirang di sini, semalam.
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Kesihatan negeri, Dr Robia Kosai serta Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin.
Dalam kunjungan berkenaan, Tuanku Raja Zarith Sofia yang menzahirkan rasa simpati sempat meluangkan masa kira-kira 30 minit melawat dan bertanya khabar kepada keluarga kanak-kanak terbabit termasuk ibu bapa Dirang, Lima Medeng, 25, dan Roselyn Alan, 25, serta abangnya, Mohd Hafis Abdullah berusia enam tahun sambil menghulurkan sumbangan bantuan.
Titah baginda, kunjungan berkenaan bertujuan untuk memberi suntikan semangat dan sokongan kepada keluarga Dirang dalam bersama mencari serta berdoa kepada ALLAH sehingga kanak-kanak terbabit ditemui semula.
“Saya mahu keluarga ini sedar bahawa masih ramai masyarakat di luar sana yang sentiasa memberi sokongan dan prihatin terhadap nasib mereka. Ucapan setinggi terima kasih kepada pihak polis kerana bertungkus-lumus menyiasat kes ini.
“Apa yang kita harapkan agar doa yang dipanjatkan kepada ALLAH akan dimakbulkan sekali gus Dirang akan kembali kepada pangkuan keluarganya,” titah baginda.
Abang Dirang tidak tahu adiknya hilang
Sementara itu, keluarga Dirang masih terus menanti dengan penuh harapan agar kanak-kanak itu ditemui kembali.
Roselyn berkata, dia bersama keluarga serta jiran setempat sentiasa mengadakan majlis bacaan Surah Yassin dan doa selamat pada setiap malam.
“Setakat hari ini, tiada perkembangan terkini yang dimaklumkan oleh polis kepada saya. Saya bersama keluarga dan jiran masih meneruskan usaha dengan membaca Yasin dan berdoa sejak Dirang hilang.
“Saya juga tidak menerima sebarang mimpi atau petunjuk daripada ALLAH. Saya sekeluarga masih terus menanti dengan penuh harapan agar Dirang akan kembali ke pangkuan keluarga,” katanya.
Roselyn berkata, anak lelakinya yang juga abang Dirang, Mohd Hafis Abdullah berusia enam tahun sentiasa bertanyakan perihal ketiadaan Dirang di rumah.
“Hafis selalu bertanya kepada saya, di mana adiknya. Saya hanya sekadar menjawab bahawa Dirang keluar pergi berjalan-jalan.
“Ada saatnya apabila potret dan poster Dirang dipaparkan di kaca televisyen, Hafis akan bertanya mengapa Dirang ada dalam televisyen. Dia tidak tahu bahawa adik perempuannya hilang,” katanya.
Menurutnya, persoalan yang diajukan oleh Hafis adalah disebabkan keakraban dua beradik itu setiap hari tidak kira ketika berada di dalam mahupun di luar rumah.
“Selalu kalau pergi ke mana-mana mereka akan bersama. Tidak kira mahu pergi ke kedai atau taman permainan.
“Cuma pada hari kejadian, Hafis tidur dan tidak dapat menemani Dirang untuk ke kedai,” katanya.
Selain itu, Roselyn berkata, nasib yang menimpa atas keluarganya juga mendapat perhatian daripada masyarakat luar antaranya pemimpin setempat, agensi kerajaan dan swasta, syarikat perbankan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
“Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sendiri ada hadir memberikan kaunseling kepada saya sekeluarga. Malah terdapat beberapa bantuan diberikan.
“Beberapa pihak juga ada yang menelefon untuk memberikan kata-kata simpati dan semangat. Ada juga yang datang membantu mengagihkan poster di segenap pelosok,” katanya.
Bekas suami bapa penyayang
Dalam masa yang sama, Roselyn menyifatkan suspek keempat yang ditahan polis bagi membantu siasatan kes berkenaan sebagai seorang bapa penyayang.
Mengulas lanjut mengenai lelaki terbabit, Roselyn berkata, individu itu yang juga bekas suaminya mempunyai pekerti baik kini masih dalam tahanan sejak hari Khamis lalu bagi membantu siasatan polis.
Menurutnya, dia bersama bekas suaminya berusia 30-an yang menetap di Selangor itu bercerai pada 2008 secara baik tanpa sebarang persengketaan.
“Sejak berpisah, kami sentiasa berhubung dan tidak wujud langsung pertikaian mengenai penjagaan kedua-dua anak kami.
“Malah, dia sering bertanya khabar melalui telefon dan menemui anak kami jika mempunyai masa lapang,” katanya yang mendirikan rumah tangga dengan suami baru pada 2010 sebelum melahirkan Ainul Suhada yang kini berusia dua bulan.
Roselyn berkata, sejak kehilangan Dirang, bekas suaminya ke negeri ini bagi mengesan anak kedua mereka selain memberi keterangan membantu siasatan polis.
“Dia datang ke sini kerana ingin membantu mencari anak kami selepas saya memaklumkan Dirang hilang pada 1 Mac lalu.
“Pada masa sama, dia ingin memberi keterangan kepada polis kerana saya difahamkan, seorang daripada ketiga-tiga suspek yang ditahan sebelum ini mengaitkan bekas suami dalam kehilangan anak kami, sedangkan mereka langsung tidak mengenalinya.
“Saya percaya bekas suami tidak terlibat dan yakin kecekapan polis menjalankan tugas bagi mengesan kehilangan Dirang,” katanya.
Orang ramai diminta bantu kes Dirang
Sementara itu, Ketua Polis daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin menggesa orang ramai membantu mencari kehilangan Dirang.
Katanya, kerjasama orang awam amat diperlukan bagi membantu polis menyelesaikan kes kehilangan kanak-kanak berkenaan.
Menurutnya, sehingga kini, tiada tangkapan terbaru dilakukan pihaknya yang masih menjejak petunjuk terbaru kehilangan kanak-kanak itu.
“Pihak kami minta orang awam turut sama bersama-sama kami mengesan kanak-kanak ini dan jika mempunyai maklumat boleh menghubungi kami atau datang sendiri ke balai polis berhampiran.
“Kita juga masih menjalankan siasatan bagi mengesan kedudukan kanak-kanak ini dan kami turut sama membantu dalam operasi mencari di setiap lokasi terbaru yang dimaklumkan ahli keluarga mangsa,” katanya.

Credit to Sinar Harian
No comments:
Post a Comment