Friday 23 March 2012

P. RAMLEE - Angka 3 Dalam Kehidupan P. Ramlee

Tan Sri Dr. P. Ramlee (1929 - 1973) atau nama sebenarnya Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh merupakan seorang pelakon, penyanyi, pengarah, pemain muzik dan penulis lagu terkenal di Malaysia dan Singapura.


Beliau telah dilahirkan di Pulau Pinang pada pagi Hari Raya Aidilfitri 22 Mac 1929 anak kepada pasangan Teuku Nyak Puteh Teuku Karim (1902 - 1955) dan Che Mah Hussein (1904 - 1967). Bapanya berasal dari Lhokseumawe, Acheh, telah mendirikan rumahtangga dengan Che Mah Hussein pada tahun 1925 di Kubang Buaya, Butterworth Pulau Pinang. 

P.Ramlee banyak mencipta nama di dalam dan luar negara. Bakat semulajadi yang ada dalam dirinya masih tiada berganti sehingga ke hari ini.P.Ramlee tetap no 1 dalam hati semua rakyat Malaysia dari kecil sehingga dewasa.Tapi apa yang menariknya ialah angka 3 di dalam kehidupan Seniman Agong ini seolah benar-benar wujud.



Menurut kajian salah seorang peminat setia P. Ramlee, En. Ahmad Husain dari Beserah,Pahang,
Angka 3 boleh dikaitkan hampir 33 perkara penting dalam riwayat kehidupan Allahyarham P.Ramlee.

1 - Dalam Buku Kaca Permata karya Haji Sulong kisah P.Ramlee ditempatkan dalam 
      bab ke-3 (mulai m.s. 135).
2 - Filem 3 Abdul adalah filem komedinya yang terbaik
3 - Dalam siri komedinya yang pertama dan paling popular sekali, siri bujang lapok, pelakon 
      komedi utamanya ialah 3 orang  iaitu Ramli,Sudin dan Aziz.
4 - Selain daripada Pendekar Bujang Lapok filem Madu 3 juga memenangi Anugerah Filem 
      Komedi Terbaik.
5 - Lagu dari filem Madu 3 yang paling popular ialah Pukul 3 Pagi.
6 - Sepanjang hidup P.Ramlee,beliau bergiat dalam bidang seni di 3 tempat,
      Pulau Pinang (zaman remaja),  Singapura ( zaman kegemilangan) dan
      Kuala Lumpur (zaman kejatuhan).
7 - Beliau berkahwin sebanyak 3 kali iaitu dengan Junaidah, Norizan
     dan Saloma.
8 - Sepanjang hidup beliau boleh dianggap sebagai hamba Allah,hamba Seni dan 
      hamba Masyarakat.
9 - Beliau pernah membuat sebuah filem yang mempunyai 3 cerita iaitu Ragam P.Ramlee.
10- Beliau mendapat 3 gelaran - Pingat Kebesaran Negara iaitu Ahli Mangku Negara, 
      Seniman Agung dan Darjah Kebesaran Negara membawa gelaran Tan Sri.
11- Anugerah Tan Sri diterima daripada Agong Yang Kesembilan 3 x 3.
12- Menganggotai 3 Pancaragam iaitu Teruna Sekampung, Panca Sitara dan Ben Putih.
13- Semasa di Kuala Lumpur, beliau masih minat mengarah filem komedi 3 Watak dalam 3 siri iaitu
       Do Re Mi,Nasib Do Re Mi dan Laksamana Do Re Mi.
14- Dalam sebuah filem lama iaitu Penghidupan beliau seolah-olah memaparkan 
       riwayat hidup beliau dengan memegang watak utama yang berkahwin 3 kali.
15- Dalam perkembangan industri filem Melayu untuk selama 3 dekad (1950- 1960-1970),
       beliau menempuh  3 Zaman iaitu zaman Kebangkitan,Kegemilangan dan Kejatuhan.
16- Filemnya digemari oleh 3 peringkat umur iaitu kanak-kanak, remaja dan orang dewasa.
17- Mendapat sanjungan di 3 buah negara di nusantara iaitu Tanah Melayu (Malaysia), 
      Singapura dan Indonesia.
18- P. Ramlee menempah cabaran awalnya dalam bidang seni sebanyak 3 kali sebelum menjadi
       Johan dalam pertandingan nyanyian di Pulau Pinang selama 3 tahun berturut turut 1945,
       1946, 1947 menewaskan S.M Salim dan R. Azmi.
19- Pelakon lama yang sangat serasi sebagai pelakon pembantu apabila berlakon dengan beliau 
      seramai 3 orang iaitu Ahmad Nesfu, M Zain dan A.R Tompel.
20- Walaupun sudah mencipta nama sebagai pengarah,pelakon dan penyanyi yang sukar
       ditandingi, Beliau tetap meredah diri dan sudi berlakon dalam pengarahan orang lain termasuk
       filem arahan muridnya sendiri Jin Shamsuddin.
21- Beliau pernah berlakon dalam 3 filem arahan orang lain  iaitu Dajal Suci, Melancong ke 
      Tokyo dan Bukan Salah Ibu Mengandung.
22- Lagu mengenai gadis cantik yang paling disukai sebanyak 3 buah iaitu Azizah,Hamidah dan 
       Zuraida.
23- Lagu- lagunya dirakam dalam 3 jenis iaitu Piring Hitam, Kaset dan Compacrt Disc.
24- Filem P.Ramlee selalunya dipertandingkan di Pesta Filem Peringkat Asia 
      di 3 buah negara  iaitu Singapura, Tanah Melayu dan Jepun.
25- Alat -alat muzik yang menjadi kegemaran beliau ialah serunai, biola dan piano.
26- Sebuah filem perang yang paling menarik dilakonkan oleh beliau ialah Sarjan Hassan dimana
      beliau kemudiannya diberi gelaran Sarjan Titular dengan tanda 3-V.
27- Filem ke 3 arahannya Pancha Delima,beliau tidak berlakon.Ia menisahkan sebuah
       keluarga miskin yang mempunyai watak 3 Bersaudara iaitu Teratai, Angerik
      dan Tanjung.
28- Terdapat 3 buah filem yang tidak sempat diarahkan oleh beliau iaitu Hidayat,
      Kacip Mas dan Airmata Di Kuala Lumpur.
29- Beliau dilahirkan  pada 22.3.1929 dan meninggal dunia pada 29.5.1973 akibat sakit jantung
      dan disemadikan di Tanah Pekuburan Islam Jalan Ampang
30- IC beliau bernombor 4131383  kereta beliau bernombor pendaftaran BAD 3608.
IC P.Ramlee
Kereta yang pernah digunakan beliau


31- "Kisah Hidup P.Ramlee" Karya Abdullah Husain ,telah diterbitkan sebanyak 3 kali.
32- Semasa hayatnya, beliau berkesempatan muncul sebanyak 3 kali di TV.
33- Rumahnya kini telah dijadikan 3 P  iaitu Pustaka Peringatan P.Ramlee.
34- 3 buah buku novel yang dijadikan filem lakonan P.Ramlee Iaitu Hang TuahPutus Sudah
       Kasih Sayang dan  Gelora.
35.  Bagi Memperinagti P. Ramlee, 3 sililng yang bersalut emas , perak  dan gangsa telah
      dikeluarkan oleh Syarikat KL Mint Sdn. Bhd yang bernilai RM 3500


Sebagai tambahan kebanyakan lagu P. Ramlee berunsur nasihat dan tunjuk ajar.Ini adalah wasiat
(sebahagian daripadanya) yang beliau tinggalkan untuk kita semua :

                                       "Andainya kamilah kembali
                                          menyahut panggilan Ilahi
                                          laguku biarlah berganti
                                          dijiwa mu hidup kembali"

          (Senikata lagu "Anak Ku Sazali" petikan dari filem yang sama tajuknya)

Dan katanya lagi...............................

                                         "Walaupun hanya sederhana
                                            tetapi tak mengapa
                                            semoga dapat membangkitkan 
                                            sedarlah kamu wahai insan"

         (Senikata lagu "Getaran Jiwa' petikan daripada filem "Antara 2 Darjat")


      Angka 3 ini sebenarnya secara kebetulan dikaitkan dengan kehidupan seorang insan seni
 yang terbilang iaitu P.Ramlee.Ia sebenarnya menambahkan lagi keunikan yang ada pada
P.Ramlee yang memang tiada berganti dan tolok bandingnya di seluru Asia amnya.Saya
tetap mengagongkan ketokohan P.Ramlee walaupun saya lahir di zaman 3 Ramli iaitu
A. Ramlee, L. Ramlee & M. Ramlee

      Ribuan terima kasih kepada En. Ahmad Bin Husain sebagai peminat setia
P.Ramlee yang banyak memberikan maklumat sehingga terbitnya artikel yang tidak berapa lengkap ini.

P/S : Secara kebetulan artikal ini disiap dalam Bulan Mac ( 3) 2012





            









3 comments:

  1. saya sebenar nya lebih tertarik makna 3 dalam kehidupan tan sri...ia mempunyai makna 3 kaum utama dlm masyarakat negara....dari situ dapat dicambahkan lagi...itu rahsia yg belum terungkai secara menyeluruh...

    ReplyDelete