Wednesday, 21 November 2012

Gaji Kakitangan Awam 2013


Jadual Gaji Kakitangan Awam 2013
Bulan
 
Tarikh
Catatan
Januari
23 Januari 2013
Rabu
Februari
* 25 Februari 2013
Isnin
Tahun Baru Cina
10 & 11 Februari 2013
Mac
25 Mac 2013
Isnin
April
25 April 2013
Khamis
Mei
23 Mei 2013
Khamis
Pesta Menuai
30 & 31 Mei 2013
Jun
* 25 Jun 2013
Selasa
Hari Gawai
1 & 2 Jun 2013
Julai
25 Julai 2013
Khamis
Ogos
* 22 Ogos 2013
Khamis
Hari Raya Puasa
8 & 9 Ogos 2013
September
25 September 2013
Rabu
Oktober
8 Oktober 2013
Selasa
Hari Raya Haji
15 Oktober 2013
November
* 25 November 2013
Isnin
Deepavali
2 November 2013
Disember
18 Disember 2013
Rabu
Hari Krismas
25 Disember 2013



Tuesday, 9 October 2012

PENJENAYAH BERHATI KERING - MAT KOMANDO


Mat Komando
NAMA: Ahmad Mohd Arshad @ Mat Arshad
ALAMAT TERAKHIR DIKESAN: LLM 30 Kampung Selengkoh Tengah, Yan, Kedah tetapi dikatakan berasal dari Parit Panjang, Baling, Kedah.
GELARAN: Mat Komando, Mat Spring. Dilabel juga sebagai penjenayah paling ganas, kebal, licik ala Robin Hood.
KOD OPERASI: Ops Api Sawit dan Ops Api Sawit 2
GANAS: Mula sejak akhir 2001 dan mangsa pertama adalah pemborong kelapa sawit.
JENAYAH: Lebih 40 rompakan bersenjata membabitkan bank, pemborong kelapa sawit, pengurup wang, kedai pajak gadai dan individu. Juga dikatakan terbabit dengan cubaan membunuh dan dua kes curi motosikal.
KAWASAN KEGIATAN: Perak, Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kelantan dan Johor
TUMPAS: 12 September 2002 dalam serbuan polis di Felcra Kampung Hujung Keton, Pendang, Kedah.

Keheningan subuh di Felcra Kampung Hujung Ketun, Pendang, Kedah, pada 12 September 2002, diganggu dengan dentuman berdas-das tembakan senjata api.
Ketika itu jam menunjukkan sekitar 6.30 pagi, kebanyakan penghuni kampung yang terletak kira-kira 35 kilometer dari bandar raya Alor Star itu baru bangun untuk menunaikan solat subuh manakala pelajar bersiap untuk ke sekolah.
Penduduk tidak pun menyangka bahawa bunyi tembakan itu adalah daripada satu operasi besar dan penting polis yang dinamakan kod Ops Api Sawit 2 sekali gus menandakan kejayaan menumpaskan ketua kumpulan penjenayah amat dikehendaki, Kumpulan 13, yang diketuai Mat Komando atau nama sebenarnya Ahmad Mohd Arshad.

Friday, 10 August 2012

JALAN BERPUAKA DI JALAN TITI HAJI IDRIS

Keratan Akhbar Tempatan

Kisah ini adalah mengenai sebuah tempat yang mana sering berlakunya kejadian kemalangan maut yang membabitkan ramai orang. Lokasi yang di maksudkan adalah di Jalan Titi Haji Idris. Lokasi ini telah dilabel sebagai jalan yang berpuaka sehingga membimbangkan orang ramai. Lihat sahaja keratan di dada-dada akhbar, banyak kemalangan maut yang berlaku di sana. Ikuti beberapa siri kisah mengenai lokasi ini.









JERITAN MINTA TOLONG DARI DALAM VAN

Ketika merangkak menuju ke bahagian jalan raya disebabkan betis berasa sakit dan berharap ada kereta yang lalu pada waktu itu , saya mendengar suara merintih meminta tolong datang dari dalam van tetapi saya tidak berdaya untuk berpatah balik membantu , “ kata Ariffin Mahazon , 55 , dari Kampung Tok Led , Jalan

Sunday, 5 August 2012

GUNA NYAMUK LAWAN NYAMUK



MALARIA merupakan penyakit zaman kuno yang masih bersisa hingga sekarang. Penyakit bawaan nyamuk yang digeruni itu pernah membunuh manusia yang berlagak seperti Tuhan iaitu Firaun Tutankhamun.

Jurnal Persatuan Perubatan Amerika dua tahun lalu mendedahkan punca kematian Tutankhamun atau Raja Tut adalah disebabkan oleh malaria berikutan penemuan parasit Plasmodium di dalam darahnya. Tutankhamun meninggal dunia ketika berusia 19 tahun pada tahun 1323 Sebelum Masihi.

Friday, 27 July 2012

7 ‘C’ YANG BUAT SUAMI CARI LAIN



7 ‘C’ sebab Suami Benci Isteri (dari Dr Fadillah Kamsah). Untuk semua isteri, bakal isteri dan juga yang beristeri.

C1. CABAR
Isteri nie kalau bergaduh dengan suami mulalah kata “Kalau awak berani cubalah [cabar suami cari perempuan lain]! Dr Fadillah kata JANGAN CABAR SUAMI… nanti suami buat betul-betul isteri juga yang putih mata.

Thursday, 26 July 2012

KEBIJAKSANAAN YAHUDI MENIPU KITA!

BIJAKnya....

 Bijak sungguh yahudi memperdayakan kita umat Islam, mereka suruh kita minum susu lembu buatan mereka, tapi mereka minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad SAW. Mengapa kita tidak ikut nabi kita, kita ikut orang yahudi tapi ternyata mereka mengikut apa yg nabi kita makan dan minum.

Teruskan membongkar kebijaksanaan yahudi menipu umat Islam... Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasullulah: "Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil"

Antara 'barangan mereka' yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.

1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita? Sebenarnya

Wednesday, 25 July 2012

KHASIAT GARAM



Dalam hadis Nabi ada disebutkan tentang garam. "Garam penghulu kepada lauk-pauk." Betapa garam asalnya dari laut, apabila disejatkan menghasilkan kristal garam. Unsur tanah terdapat di dalamnya kerana dasar laut juga adalah tanah. Sebab itu garam juga diperoleh dari bukit dan dikenal sebagai garam bukit.


Kegunaan GARAM :

1. Membuang busuk ikan. Ikan apabila sudah lama terdedah di darat akan menjadi busuk. Untuk menghilangkan hanyir ini, ikan diredam dalam air garam.

2. Merendam kerang supaya hilang tahinya. Dalam kaedah perubatan Islam, sesuatu perkara yang buruk diubat dengan asalnya. Kerang berasal dari laut, dan garam digunakan untuk meneutralkan keburukannya (tahi).

3. Mengurang tahap kemasinan ikan masin. Ikan kering yang terlalu masin boleh dikurangkan kadar kemasinannya dengan merendam dalam air garam juga.

4. Mengubat gout. Gout disebabkan pemakanan makanan laut yang berlebihan. Orang yang tinggal berhampiran pantai boleh menanam badan dalam pasir laut. Bagi mereka yang tinggal di bandar, garam kasar digoreng dan didemahkan di tempat sakit ketika garam masih panas.

5. Merawat cirit-birit. Ia boleh diubati dengan meminum air yang dicampur sedikit garam.

6. Merawat mabuk perjalanan. Sesetengah orang akan mengalami mabuk perjalanan setelah melepasi tempoh tertentu. Untuk merawat mabuk perjalanan, garam dicampur madu dan air dan diminum sebelum memulakan permusafiran.
7. Garam diguna untuk merawat kegatalan. Air yang dicampur garam disapukan pada kulit yang gatal.
8. Menambah imuniti badan akibat perubahan hawa/angin. Hal ini berlaku di sesetengah tempat di negeri Arab. Misalnya pelajar Malaysia yang berkunjung ke Arab akan mengalami alahan terhadap hawa/angin tempat baharu. Air garam diminum sebagai ubatnya.

9. Menghilangkan penat kerana kerja berat. Amalan orang-orang Melayu tradisional yang bertani, bersawah atau bertukang ialah meminum air sejuk yang dicampur garam.

10. Mengelak sihir/gangguan jin bagi mereka yang bermalam di hutan. Garam adalah sumpahan jin. Garam yang dijampi dengan Al-Fatihah (sekali) dan ayat al-Kursi (ayat 255 surah al-Baqarah – 7 kali) ditabur di sekeliling khemah.

11. Mengelak gangguan syaitan/jin kepada bayi. Ada ketikanya bayi menangis waktu malam disebabkan dia nampak syaitan, bukan kerana lapar. Untuk mengatasi masalah ini, garam dicampur dengan bawang merah, bawang putih dan lada hitam. Campuran itu diletak dalam gelas/cawan/bekas yang terbuka. Bekas itu diletakkan di bahagian kepala bayi.

12. Mengelak panahan iblis bagi lelaki yang beristeri kerana bekerja di kawasan hutan. Petua Melayu tradisional apabila ke hutan mereka akan terserempak dengan jin yang menjelma sebagai perempuan bogel di sungai. Akibatnya mereka teringat-ingat kepada jelmaan makhluk itu sehingga mengabaikan isterinya. Cara mengatasinya sama seperti yang dinyatakan dalam ( No. 10 ).

13. Mengubat orang yang diganggu jin. Bagi orang dewasa yang dikhianati (disihir) cara mengubatnya ialah dengan meletakkan garam yang dijampi dengan al-Fatihah di perdu lidah. Perdu lidah ialah bahagian bawah lidah yang apabila diangkat akan nampak urat hijau lidah.

Tuesday, 5 June 2012

NENEK KEBAYAN MAKAN DAGING MENTAH



WANITA itu digambarkan sebagai seorang yang sangat tua, bongkok dan mempunyai kulit wajah yang berkedut. Lenggok langkahnya yang dibantu sebatang tongkat kayu nampak tidak gagah.

Dikenali sebagai nenek kebayan, kisah wanita itu telah diperturunkan dari zaman dahulu hingga kini dalam masyarakat Melayu terutamanya dalam Hikayat Malim Deman dan Hikayat Hang Tuah.

Dalam kisah-kisah tersebut wanita itu menunjukkan watak baik. Dia menjadi perantara untuk manusia biasa berhubung dengan puteri kayangan dengan kuasa magis yang dimilikinya.

Friday, 11 May 2012

KERETA ATAS POKOK

Hahahhaha...mcm cite P.Ramlee. Tapi P.Ramlee buat motor yang duduk atas bumbung.
Yang realiti Kereta yang duduk atas pokok...
erm...memang genius betul P.Ramlee kan..Bende ni benar-benar ber
laku

WARSAW: Seorang pemuda yang sering memandu keretanya secara berbahaya berazam menukar cara hidupnya selepas mendapati kenderaan yang sering digunakan, tiba-tiba berada di atas pokok.

Wednesday, 9 May 2012

PAKAR BEDAH MAYAT




SUDAH berbelas tahun bekerja di sebalik tembok rumah mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Mohd. Shah Mahmood dan kakitangan di Jabatan Perubatan Forensik sudah lali dengan bermacam jenis mayat yang perlu diperiksa setiap hari.
Ada yang meninggal dunia kerana penyakit, kemalangan, mangsa pembunuhan mahupun bunuh diri.
Mayat yang diserahkan pula tidak semuanya dalam keadaan lengkap. Ada yang sudah reput, berulat, rentung, hancur, putus anggota badan malah ada juga yang hanya tinggal rangka.
Lebih dikenali sebagai bedah siasat, bidang perubatan forensik ini sebenarnya memiliki skop tugas yang lebih luas dan misi tugas yang lebih penting. Ia bukan sekadar pemeriksaan mayat.

“Sebaliknya prosedur ini dijalankan untuk mengetahui punca kematian serta mengenal pasti identiti si mati,” ujar Mohd. Shah yang merupakan Pengarah Institut Perubatan Forensik Negara, HKL.




Mendokumenkan mayat


Sebagai cabang kepada bidang perubatan yang berkaitan dengan undang-undang, beliau menambah, hasil daripada bedah siasat atau perubatan forensik ini mampu membantu pihak polis menyelesaikan penyiasatan kes-kes kematian.

MANUSIA BERSELERE PELIK





PENYAKIT pelik yang dipanggil Pica menyebabkan seorang jururawat pergigian dari England, Kerry Trebilcock, 21, menjadikan span pencuci dan sabun sebagai menu hariannya.

Malah, sejak mengalami penyakit itu pada tahun 2008 dia telah memakan lebih 4,000 span pencuci dan 100 buku sabun.

Baginya, rasa kedua-dua 'hidangan' itu sama seperti makanan ringan yang sedap dicicah sos.

Tuesday, 8 May 2012

AMUKAN PETIR





BARU-baru ini, seramai 15 pelajar sekolah menengah yang sedang mengikuti program perkhemahan di Kem Pengakap Pengkalan Badak, Bukit Katil, Melaka cedera dipanah petir.

Kejadian pukul 5.30 petang Isnin lalu itu berlaku ketika hujan renyai-renyai. Kesemua mangsa dikejarkan ke Hospital Melaka untuk menerima rawatan lanjut.

PELAGAK NGERI BERTUDUNG


Adnan Sempit 2



BERBEKALKAN sebuah motosikal kapcai berkuasa 110cc, gadis berusia 26 tahun ini mampu memukau penonton dengan pelbagai aksi lagak ngeri.

Sedikit pun tidak nampak kekok, Ilia Iryani Shuib berjaya mengawal motosikal seberat hampir 100 kilogram tersebut sama seperti sedang bermain basikal.

FELDA - DURIAN RUNTUH



Dato Najib mengumumkan pada 8 Mei 2012, Peneroka Felda mendapat pinjaman rumah tanpa faedah. Tanah yang diteroka juga akan menjadi hak milik mereka sendiri. Selain itu,

Felda dapat durian runtuh 2012 bernilai RM 16,895,250,000.00 melalui tiga fasa iaitu:

a. Fasa pertama: RM5000 untuk ketua keluarga (suami)

b. Fasa Kedua: RM5000 untuk isteri peneroka. Hanya RM5000 walaupun ada 4 isteri dan pandai-pandailah isteri sulong membahagikannya.

PENYELAM BINA MASJID DI DALAM AIR

JEDDAH: Sekumpulan penyelam persendirian Arab Saudi berkata mereka berjaya membina sebuah masjid di bawah air baru-baru ini dan bersolat didalamnya. Masjid pertama dalam sejarah pernah dibina di dalam air. Akhbar harian Almadina melaporkan, penyelam berkenaan menggunakan batang paip plastik besar yang diisi

Monday, 30 April 2012

Heboh - KERAJAAN VS BERSIH 3.0

Tanggal 28.02.2012 berlangsung satu perhimpunan BERSIH 3.0 yang diadakan di Dataran Merdeka KL.Rimbunan cerita -cerita tentang perhimpunan BERSIH 3.0 baik dari pihak penganjur dan pihak kerajaan sendiri.Di sini saya lampirkan berita sekitar perhimpunan BERSIH 3.0 dan kita sebagai rakyat Malaysia berhak MENILAINYA....................


1. Perusuh Guna Kayu Pukul Polis


KUALA LUMPUR : Seorang anggota polis mendakwa dia dipukul dengan kayu besbol sehingga cedera ketika perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 3.0 di ibu negara kelmarin yang bertukar menjadi ganas.
Lans Koperal Mohd. Nasir Abu Mansor, 33, yang cedera di bahagian abdomen memberitahu, kejadian yang menimpanya berlaku ketika dia sedang bertugas di kawasan Arked Mara.
Kejadian pada pukul 3 petang itu berlaku ketika dia bersama kira-kira 20 rakan sepasukannya cuba

Friday, 23 March 2012

P. RAMLEE - Angka 3 Dalam Kehidupan P. Ramlee

Tan Sri Dr. P. Ramlee (1929 - 1973) atau nama sebenarnya Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh merupakan seorang pelakon, penyanyi, pengarah, pemain muzik dan penulis lagu terkenal di Malaysia dan Singapura.


Beliau telah dilahirkan di Pulau Pinang pada pagi Hari Raya Aidilfitri 22 Mac 1929 anak kepada pasangan Teuku Nyak Puteh Teuku Karim (1902 - 1955) dan Che Mah Hussein (1904 - 1967). Bapanya berasal dari Lhokseumawe, Acheh, telah mendirikan rumahtangga dengan Che Mah Hussein pada tahun 1925 di Kubang Buaya, Butterworth Pulau Pinang. 

P.Ramlee banyak mencipta nama di dalam dan luar negara. Bakat semulajadi yang ada dalam dirinya masih tiada berganti sehingga ke hari ini.P.Ramlee tetap no 1 dalam hati semua rakyat Malaysia dari kecil sehingga dewasa.Tapi apa yang menariknya ialah angka 3 di dalam kehidupan Seniman Agong ini seolah benar-benar wujud.

Tuesday, 13 March 2012

HEBOH - PEMBUNUH YANG TIADA HATI PERUT





TERKEJUT....SEDIH....GERAM......MARAH !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Tak tau ape yang nak di cakap lagi bila baca berita tetang ni.Ape la salah adik kecil ni sampai diperlaku sebegitu rupa.Adakah Pembunuh itu tiada perasaan semasa melakukan pembunuhan itu.Kalau binatang sekalipun, tidak tergamak melakunya.Tak kan la tiada rasa kasihan dijauh sudut hati si pelaku itu.Semesti adik ini meronta-ronta,menangis serta merayu dengan suara yang sedih.

Tapi ini lah manusia yang betul-betul tiada perasaan.Harap keluarga tabah menghadapi ujian Allah S.W.T



SENAI - Polis mengesahkan penemuan serpihan rangka manusia yang rentung di Ladang Kelapa Sawit Nusa Damai, Masai, 8 Mac lalu, adalah milik Nurul Nadirah atau panggilan manjanya, Dirang, yang hilang sejak 1 Mac lalu.

Wednesday, 15 February 2012

PEDOMAN : MUSTAFA KAMAL ANTATURK

Pengkhianat Agama, Bangsa dan Negara.








Mustafa Kamal AtatĆ¼rk (1881-10 November 1938) adalah pengasas Republik Turki Beliau merupakan pegawai tentera, pemimpin revolusi, negarawan dan presiden Turki yang pertama.

Beliau adalah komander tentera yang berjaya dan berkhidmad sebagai panglima tentera semasa Pertempuran Gallipoli iaitu ketika Perang Dunia I.

Angkatan tentera pimpinan beliau berjaya merampas kembali wilayah Anatolia dan Palestin. Ketika itu Empayar Ottoman / Uthmaniyah sedang dikoyak-koyak oleh Tentera Bersekutu.


Tuesday, 7 February 2012

ALAM LAIN : BUNIAN



KISAH orang bunian sering diperkatakan khalayak di seluruh dunia. Banyak versi cerita yang melingkari kewujudan makhluk halus itu.

Segelintir pihak mengatakan orang bunian ialah puteri kayangan yang disumpah turun ke bumi, sesetengah yang lain mendakwa ia orang alim yang menuntut ilmu salah. Ada pula yang percaya ia sejenis makhluk seakan-akan manusia.

Wednesday, 18 January 2012

Lelaki Dan Perempuan

     Umum tahu setiap manusia di dunia ini berpasangan antara lelaki dan perempuan (lain pnye stail x join skali yerk).Selalunya pasangan ini akan mengharungi alam percintaan sebelum ke alam perkahwinan.Percintaan itu penuh dengan ayat-ayat,madah-madah indah.Tetapi setiap kata-kata atau madah mempunyai maksud tersirat baik dari pihak lelaki atau perempuan.Ini antara maksud-maksud tersirat disebalik kata-kata lelaki dan perempuan :

Saturday, 14 January 2012

MELAYU MELAKA



KOTA MELAKA YANG SEBENAR ~ MENURUT LAKARAN PELUKIS PENJAJAH YG DISIMPAN DI LUAR NEGARA

Artikel ini berkenaan binaan kota Melaka pada zaman kegemilangannya. Sebahagian besar daripada lakaran ini belum pernah diterbitkan oleh mana-mana pihak di negara kita kerana ianya boleh dikatakan fresh dari sumber utama yang diperolehi dari Belanda dan Portugal. Oleh itu anda bertuah kerana dapat menatapnya disini. Namun ini hanya sebahagian kecil sahaja daripada banyak lakaran yang berjaya dibawa pulang oleh team Pengkaji Universiti. Diharapkan artikel saya kali ini dapat membuka kotak pemikiran kita dengan lebih luas tentang ketamadunan bangsa Melayu pada zaman silam.

Thursday, 12 January 2012

MELAYU DULU-DULU

Salam....
Tengah aku lepak2 dalam kesejukan malam ni,ade member bagitau pasal pepatah melayu lame.Banyak sangat pepapatah melayu yang ade dalam buku sekolah.Tapi kadang macam tak logik diakal.Aku search jgk blog-blog yang tulis pasal ni tapi aku sekadar meramaikan lagi fakta(hebahan) dan cerita yang agak same.

TAHAP LIMPAHAN AIR SUNGAI LEMBING

Sungai lembing kerap belaku banjir...boleh dikatakan setiap tahun banjir
Untuk tengok keadaan sungai dari mase ke semasa...
klik di sini

PEMBUNUHAN YANG MEMGEMPARKAN NEGARA

Pembunuhan kejam terhadap jutawan kosmetik terkenal tanahair, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga orang rakannya iaitu Ahmad Kamil Abdul Karim yang juga peguam peribadi beliau, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, dan seorang lelaki yang dipercayai pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shansuddin bukan sesuatu yang baru dalam kamus jenayah kejam di Malaysia. Terdapat beberapa nama penjenayah yang tersemat kemas dalam penjenayah kejam di Malaysia. Antara yang paling terkenal adalah Mona Fendy atau nama sebenarnyaMaznah Ismail. Mona Fendy yang dikaitkan dengan pembunuh ahli politik yang berasal daripada Pahang, Datuk Mazlan dikatakan mengamalkan ilmu hitam. Beberapa bahan bukti yang dibawa ke mahkamah seperti tongkat dan songkok mengesahkan lagi dakwaan itu.

Friday, 6 January 2012

LAGENDA - Malim Kundang...Suratan Atau Kebetulan







Di Padang (Batu Malin Kundang, Pantai Barat Kota Padang, Teluk Bayur)

HEBOH -Yang Baik Jadikan Tauladan Yang Jahat Jadikan Sempadan


Sape kite nak menilai die....sesungguhnya ape yang terjadi boleh dijadikan pengajaran untuk kite semua.

JOHOR BAHRU: Hati ibu mana yang tidak terkilan jika anak yang ditatang bagai minyak yang penuh tujuh tahun yang lalu, kini ditohmah dengan pelbagai tuduhan kononnya liar dan tidak berakhlak.

Tuesday, 3 January 2012

Apa itu android



Android adalah sistem operasi untuk peranti bergerak seperti telefon selular, komputer tablet dan notebook. Android dibangunkan oleh Google berdasarkan sistem perisian Linux dan perisian GNU. Android asalnya dibangunkan oleh Android Inc. (firma yang kemudiannya telah dibeli oleh Google).

Kemudian untuk mengembangkan Android, dibentuklah Open Handset Alliance, konsortium daripada 34 syarikat telekomunikasi, termasuk Google, HTC, Intel, Motorola, Qualcomm, T-Mobile, dan Nvidia.

Android mempunyai komuniti yang besar dalam membangunkan serta menulis aplikasi untuk pengembangan fungsi peralatan. Dianggarkan hampir 70,000 aplikasi untuk Android boleh didapati, pada awal dahulu, menjadikanya sasaran pengembangan peralatan kedua paling popular untuk peralatan mobile.

Sistem operasi Android adalah platform smartphone terlaris di dunia, mengalahkan Nokia Symbian dari kedudukan teratas 10 tahun.

Android mempunyai komuniti besar pemaju menulis program aplikasi (apps). Dianggarkan sekarang ini ada lebih dari 150.000 aplikasi yang sedia untuk Android. Muaturun percuma!!!

Sejarah versi sistem operasi Android bermula dengan versi 1.0 pada bulan September 2008. Diikuti 1.1 (9 February 2009),

1.5 – cupcake (30 April 2009),

1.6 – donut (15 September 2009),

2.1 – eclair (26 October 2009),

2.2 – froyo (20 May 2010),

2.3 – gingerbread (6 December 2010),

3.0 – Honeycomb (22 February 2011)

dan seterusnya yang bakal muncul yang lebih lagi.....

 Credit to Wikipidia

Nak tengok Movie Download

Klik kat sini
Download VLC player 2....
Install VLC player....
Lepas download semua part -part movie 2...letak dalam 1 folder..
Drag kan folder tu ke VLC Player...
Pastu Boleh la Tengok.....
Enjoy it...............